Sunday, August 15, 2010

Pengujian Transistor & Kerosakan Transistor

  • Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan terbuka dan terpintas , maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut .
  • Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik . Jika ujian terhadap kedua-dua diod ini positif , transistor itu berkeadaan baik . Rajah 7.8 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm .





    • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta element sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.
    • Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN / PNP) sesuatu teransistor menggunakan meter ohm . Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor .                                        

    1. Tandakan kaki transistor .
    2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10 .
    3. Uji Transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh dibawah ini :
    4. Kenalpasti langah apabila transistor berada dalam keadaan pincang kedepan [Dalam contoh diatas , transistor berada dalam keadaan pincang kedepan pada langkah satu dan langkah 6] .
    5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua kedaan dalam langkah 4 . Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut . [Dalam contoh diatas kaki sepunya untuk kedua-dua kedaaan ialah kaki 2 ] .
    6. Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut :
             Transistor PNP - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog .

             Transistor NPN - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog .

            [Dalam contoh diatas transistor adalah dari jenis PNP] .



                    Rajah 7.9 Langkah menentukan elemen tapak transistor .


    1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod .
    2. Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh dibawah ini (dalam contoh ini element tapak telah dikenal pastui iaitu kaki 2 mengunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.9 ) .
    3. Kenal pasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tinggi .
    4. dalam contoh diatas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2 . Oleh itu kaki 1 ialah element pemancar manakala kaki 3 ialah element pemungut

        Rajah 7.10 Langkah menentukan element pemancar dan pemungut transistor



               

      No comments:

      Post a Comment